Saturday, 28 July 2012

FESYEN-FESYEN HIJAB SALHA ;)

Assalamualaikum semua :)...macam mana puasa? okay ke tak ni? ada ponteng ke tak de? salha baru ja baik dari demam tapi masih flu..eh ! walaupun sakit masih boleh puasa tau..alhamdulillah belum ada ponteng lagi :)

Okay salha nak bagitau since dah berhijab ni alhamdulillah semuanya bertambah baik dan salha bertambah selesa..salha ni memang suka dengan fesyen-fesyen hijab..tak tau lah kenapa..sampai ada yang suruh salha buat tutorial hijab kat blog kemudian masukkan di YOUTUBE..em belum lagi sampai ke arah itu..tapi kalau nak minta tunjuk ajar boleh tanya salha..just leave ur comment okay <3 :)

Okay buat masa sekarang salha tunjuk kat korang contoh-contoh hijab salha dari mula salha menggunakan hijab hinggalah sekarang ;)

Ni salha gunakan hijab sifon ala Hana Tajima tapi salha reka sendiri :)

Pandangan tepi hijab sifon ;)

Hijab yg selalu orang guna, cuma perlu lilit2 sahaja ^_^

Style hijab yang tidak perlu menggunakan brooch cuma pin untuk kelihatan kemas :)

Pashmina Shawl <3 !

Printed Bawal, cuma perlu letak brooch di bahagian bahu ;)

Bawal 3 tone inspirasi Hana Tajima :D

Pashmina Shawl dan anda tetap keluar dengan elegan dan simple <3 !

P/S: SELAMAT MENCUBA ^_^

Friday, 20 July 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK :)

Yeah ! ramadhan datang lagi semoga semuanya berjalan dengan lancar dan salha mampu berubah ke jalan yang diredhai...semoga mampu menjadi hamba-Mu yang baik dan solehah..berkatilah hubungan aku dengan dia ya ALLAH...amiiinnn~ 

Wow ! sweetnya~ puasa tahun ni dah bertambah orang yang tersayang..bukan setakat puasa dengan family tapi puasa dengan one of my beloved "WAN" heheheheh :) alhamdulillah salha memang happy sangat lah..sebab dia dah jadi sebahagian dari hidup salha dan family salha...

Okay ! start hari khamis tu salha pulang balik dari penampang pergi UiTM..memang sangat penat tapi lebih penat lagi wan yang drive tu...pity him :( dia penat sebab salha..sorry wan..sekarang ni salha masih tak dibenarkan stay di dorm sebab kes kejadian pencuri yang masih berkeliaran..agak tertekan sehingga salha tak berani nak buka tingkap bilik dan berkunci di dalam bilik..begitu juga dengan siswi yang lain..bestnya yang sebilik 4 orang..tapi salha sebilik 2 orang..kalau roommate tak ada terpaksalah seorang..tapi salha memang trauma bila dapat tau pencuri tu masih berkeliaran..YA ALLAH di bulan yang mulia ni tolonglah semua siswi di dalam keadaan yang selamat..amiinn...


Tuesday, 17 July 2012

SAYA HAPPY HARI INI :D


Okay-okay nak story ni..yes ! hari ni salha happy sangat..picture kat atas ni actually nak pergi class..get ready sdh..happy sangat sampai wearing new style of hijab..happy sebab wan nak ambil salha..tu yang excited semacam..heheh..

Hari ni wan bawa salha makan McD..ehem-ehem peminat McD lah katakan..hehehe..selain tu, salha dah lama tak jumpa wan..8 hari tak jumpa dia sebab class kami tak clash..btw, wan ambil diploma in business and salha pulak ambil diploma in public admin..tapi rasanya otak salha otak business and wan pula petah bercakap and sepatutnya dia yang lebih sesuai kat course salha..tapi dimasa yang sama wan pula suka business..heheh..tak apa saling melengkapi..

Em nak tau berapa hari kami tak jumpa? 8 hari dah tak jumpa..hari ke9 jumpa tapi kejap saja sebab wan hantar salha balik asrama and dia pergi dewan serbaguna UiTM cawangan Sabah (actually coach salha yang suruh cakap nama tempat ni dengan full so ini dalam latihan..tapi kami panggil "gym" je pun) sebab ada ceramah keusahawanan...btw, tadi Datuk Seri Tony Fernandez datang gi UiTM Sabah dan ada yang bertuah tu dapat tiket pergi LONDON..jealousnya salha..heheh..tapi siapa suruh tak datang kan? em~ tak pe sebab hari ke10 salha tak jumpa wan..dan hari ni salha keluar dengan wan..sangat excited okay (manja sangat kan dengan dia) hahahah :D sebenarnya sekejap saja pun tapi macam bertahun lamanya tak jumpa..one more thing salha dengan memang hari-hari akan jumpa dia..hehehe :) kalau tak jumpa tu memang rindu lah..macam bertahun lamanya tak jumpa..hehehe :D

Sebab tu lah salha happy..dah jumpa buah hati kan..memang happy sangat..salha memang manja dengan wan..terasa sangat..malu-malu lagi sebab lama tak jumpa..maka, hahahah :D salha memang macam tu kalau lama tak jumpa salha pandai malu dengan dia..hehe..apa pun wan selalu buat salha happy..TERIMA KASIH WAN <3 :)

Friday, 13 July 2012

SEDIH :(

Sedih??? yaaa ! salha sedih..bukan sedih sebab apa..salha agak stress kebelakangan ini..mungkin sebab banyak assignment and nak focus dengan study..seriously, salha memang jarang keluar bilik..kalau salha keluar bilik pun sebab pergi toilet, bilik rein, beli makanan, dan class...

Salha memang agak menyendiri sekarang..sebab salha tak nak salha buat salah dengan orang lagi..so better salha sendiri-sendiri..memang sunyi juga lah tapi disebabkan salha INGAT sebab salha masuk UiTM ni salha tetap kuatkan semangat...salha tak nak kecewakan orang yang berharap dengan salha..memang penat juga lah tapi nak buat macam mana kan? kuatkan diri untuk semuanya..kadang-kadang tu sampai tak bermaya tapi salha tak nak give up..tipu lah kalau tak pernah ada rasa give up kan? selalu rasa give up tapi try untuk BINA BENTENG yang kuat..hehehe :)

Selain tu salha rindu dengan bff salha yang sekarang di Penang sudah..rindu dia sangat..selalunya kalau nak makan mesti kami bingung-bingung ni..nak makan di mana..semua benda nak pikir..rindu dia sangat..hope dia okay kat sana..memang everyday salha akan try untuk text dia..kadang-kadang tu memang menagis juga kalau text dia..tapi kena hide semuanya..sakitnya dia tak ada di sini..salha tak ada teman nak share semuanya..terpaksa simpan..memang stress sebab itu..tapi salha tak nak dia tau yang salha setiap hari akan sedih + stress..salha takut dia risau kan salha..salha kenal sangat dengan dia tu..so ! BE STRONG salha :')

Lama sudah salha tak jumpa mommy salha..setiap hari salha akan call dia..ni lagi nak puasa..kesian mommy kena sahur dan berbuka sendiri-sendiri..kalau rindu mommy memang nangis lah jawapannya..salha lagi anak bongsu..memang sangat manja dengan dia..rindu masakan dia..ayam masak kicap mommy..emmmm~ sedapnya..setiap kali ada dia memang dia akan masakkan salha ayam masak kicap..salha suka makan ayam masak kicap..yum yum yum :) IMY & ILY mom :")

Salha agak stress sehinggakan salha punya otak nak jalan saja sekarang ni..tapi~ as a student paham-pahamlah kan..pandai-pandai lah membajet kan diri..heheh :) sekarang ni tiada sebab pun salha boleh menangis..kalau dah start salha nangis saja kerja memang salha stress lah tu..ada sesuatu yang tak betul sekarang ni..yang mengganggu salha..kadang-kadang tu salha terpaksa pandang cermin and motivated diri sendiri..sorry to AZWAN sebab salha selalunya akan menyusahkan dia..dia lah bff salha..dia lah bf salha..tapi sebenarnya salha tak sanggup nak cerita semua..kasian dia jadi mangsa salha..tak nak lah menyusahkan dia..memang selalu kata tak nak tapi tetap juga tu menyusahkan dia..huhu..sorry hby..tak apalah sebenarnya sekarang pun memang dah try untuk tak menyusahkan dia...tapi salha rasa macam salha masih menyusahkan dia...eiii~ apa lah salha ni kan..? 

Kenapa perlu share cerita ni? kenapa nak semua orang tau cerita kau? macam nak bagitau satu dunia saja cerita kau ni? arh~ apa-apa lah kamu rasa..malas salha nak peduli..malas salha nak dengar cerita-cerita kamu..kamu bukan di tempat salha yang merasa semua ni..ok napa salha nak share story kat blog, fb or twitter? sebab salha tak tahan simpan dalam hati..nanti tambah parah..nanti salha gila..salha pernah tertekan sehingga hampir hilang nyawa..sebab tu salha share walaupun dia agak peribadi..napa nak semua orang tau? salha tak nak semua orang tau..kalau korang tak berminat janganlah baca..senang saja kan? buat pe nak bagitau satu dunia cerita kau salha? so kamu nak aku gila kah baru kamu benarkan aku meluah di sini..aku tak da kawan yang aku boleh percaya sekarang..bff aku jauh kat penang tu..memang salha akan bagitau dia tapi dia pun mesti busy..so paham-pahamlah..nak bagitau yvonne tapi kami jarang jumpa..and dia pun busy dengan study..tak nak ganggu bff salha ni..kasian bah dorang..selalu menjadi tempat meluah salha..memang rasa sakit dengar semua cakap-cakap orang..salha sangat penat sudah sampaikan secara tidak langsung kamu telah membuat aku tambah tertekan..aku pasti ada hikmah..insha ALLAH..aku akan terima semuanya dengan redha :")

P/S: salha perlukan doa kamu untuk salha sentiasa kuat dan tak melakukan kesalahan, kesilapan dan dosa lalu :") senyum tawa aku di luar hanyalah satu penipuan tapi di dalamnya kalau kamu mampu melihat kamu akan nampak hati yang sangat suram..

Wednesday, 11 July 2012

SI KECIL: CERITA SALHA ^_^

Hye semua..tak tau nak update apa ^_^
Nak tunjuk picture salha yang gedik lah k? hahahha :D

MACAM NI LAH SALHA PERGI CLASS :)

NI TENGAH MENUNGGU CLASS LAW TAPI TANGAN KAWAN SALHA MENGACAU..IGNORE K :)

Wednesday, 4 July 2012

5 FEBRUARY 2012 - 5 JULY 2012

Ya ALLAH aku bersyukur ke hadrat-Mu...
ALHAMDULILLAH hubungan ini mampu bertahan dan aku berharap ianya akan berkekalan hingga ke akhirnya...
Dan sekiranya kami berpisah biarlah AJAL yang MEMISAHKAN kami...
Hubungan ini kami bina dengan hati yang ikhlas dan disebabkan rasa sayang di antara kami..
Walaupun ramai yang terkejut dengan hubungan ini...
Kami pun tidak sangka yang kami akhirnya bercinta...
Kerana perasaan itu lahir secara semulajadi..
Harap semuanya mampu menerima kami sebagai sepasang kekasih buat masa ini dan sehingga ke akhirnya..

Sayangnya aku kepada dirimu DATU MOHD AZWAN NAZPEE BIN DATU PINDATUN..
Dirimu telah membuat aku mengenali diri ku sendiri dengan lebih dalam..
Dirimu telah membuatkan hati ku bahagia..
Dirimu juga sentiasa ada di sisi aku..
Dirimu TIDAK PERNAH meninggalkan aku disaat aku bersedih..
Dirimu juga membuatkan aku CAIR dengan cinta diberikan..

Dirimu begitu ikhlas mencintai aku...
Dirimu juga telah menjadi sahabat karibku..
Dirimu juga telah menjadi kekasih ku...

MACHONYA :)

Hubungan yang dulunya bermula daripada kawan sekelab akhirnya menjadi sepasang kekasih..
Kehadiran dirimu membuatkan aku membuka hati ini untuk mencintai dirimu..
AZWAN kau telah jaga aku dengan begitu baik...
Kau juga sentiasa bagi aku semangat..
Kau buat aku sentiasa bersemangat untuk terus menimba ilmu..

KAU ingat ini okay AZWAN..
ENGKAU adalah JANTUNG dan NADI ku..
Dan hanya dengan adanya jantung dan nadi ini..
AKU MAMPU MENERUSKAN HIDUPKU DENGAN NYAWAMU..
SAYANG AZWAN :)

DIA SUKA PICTURE INI <3..
SALHA PUN SUKA :)