Friday, 29 November 2013

SALHA IS BACK !

Assalamualaikum =)

After a long hiatus then Salha is BACK. Last night Salha sempat juga lah update sebab nak sambung cerita salha yang belum habis. Finally salha dah habiskan kesemua part tentang entry AUGUST IS A SPECIAL MONTH. I'm kinda busy. After I finished my final examination for Diploma in Public Administration, Salha busy dah urus business Gamat Emas Salha. Kemudian lappy pulak rosak. MashaAllah, sebab tu lah salha tak update blog. Tadaaaa sekarang ni busy balik nak update cerita sendiri. Haha. 

Alhamdulillah, masuk Gamat Emas adalah di luar jangkaan Salha. Akhirnya Salha keluar dari kepompong Salha untuk bertemu orang ramai untuk berkongsi kebaikan mengenai Gamat Emas. Tapi itu masih malu2 lagi. Hey ! nak tau tak? tak yah lah. Salha nak bagitau juga. hehe. Actually salha sebenarnya pemalu orangnya. Salha jadi pemalu since masuk UiTM. habis, selama ni tak pemalu kah? Cikgu Noy (cikgu salha masa sekolah menengah dulu) selalu bawa salha keluar and ajak datang function Gamat Emas. Sampailah one day tu dia tegur. Mungkin hati dah gatal bila tengok Salha tak nak berbual dengan orang. Dia berkeras nak salha pergi SUC II kat Sandakan. Dia kata Salha dah tak macam orang yang dia kenal dulu. seorang yang outspoken bila kat sekolah. Berani bercakap dengan siapa je. Biar orang tak kenal tetap akan pergi ke depan. Akhirnya Salha sedar yang Salha memang dah tak macam dulu. Salha mula sedar yang Salha memang dah berubah. Tapi apa yang membuatkan Salha jadi macam ni? Siapa yang patut dipersalahkan? Semua itu tak penting. Yang penting Salha kena keluarkan diri Salha dari sarang tu. Salha pun mengambil keputusan untuk ikut cikgu Noy ke Sandakan untuk Seminar Usahawan Cemerlang itu. Sebelum pergi Sandakan. Kami bermalam di Lahad Datu kat keluarga husband Cikgu Noy. Alhamdulillah layanan memang tip top lah. Kemudian baru ke Sandakan. Pengalaman di Sandakan bersama Gamat Emas SDN BHD memang luar biasa. SUNGGUH LUAR BIASA. Pengalaman itu tak akan Salha sia-siakan. Perkara yang mampu Salha cerita memang seminar itu luar biasa. selama 3 hari 2 malam salha di Swiss-Inn Hotel sungguh luar biasa. Paling lucu bila anak cikgu Noy cakap ni kat Cikgu Noy "Ibu, kakak nangis" hahah. Terus Salha peluk Putri. Cikgu Noy memang penguat salha. Dah lah berbadan dua sanggup jalan jauh demi Salha. TERIMA KASIH CIKGU. Thanks also kat family sebab memberi restu kepada Salha jalan jauh tanpa mereka. Sebab rasa percaya mereka kat cikgu Noy. Family Salha and Cikgu Noy memang rapat sudah. 

Kalau nak cerita lagi memang tak pandai habis ni. Tak pe lah sampai sini saja dulu k? In shaa Allah ada masa lagi Salha akan update. Sekarang jum layan perjalanan Salha di Sandakan :)

my group member :)

 at lobby while I'm waiting for breakfast <3

 with putri

 ni dia kak putri a.k.a my room mate !
 putri tunjuk patung baru dia.

 yang salha pegang ni anak Gamat Emas. hehe.

with kak Ct.

WASSALAM :)
salha

Thursday, 28 November 2013

AUGUST IS A SPECIAL MONTH - PART 4

Assalamualaikum =)

It's been a while Salha didn't update my blog. I'm kinda busy lately. Salha tetap nak cerita kisah masa bulan Ogos yang lalu. walaupun dah lama kisah ni. Tapi salha tetap nak update. Tak nak cerita banyak sangat. hehe.

Okay, actually salha nak bagitau yang bulan Ogos lalu tu salha sempat jugak celebrate birthday dengan dua orang buah hati salha. Jihad and Ahyien. Alhamdulillah, Allah had sent this two beutiful girl as my best friends. Btw, Jihad dengan Ahyien ni tak kenal pun. Tapi sebab dua2 pun best friends salha so salha yang bertanggungjawab kenalkan dorang ni. Alhamdulillah dorang boleh sesuaikan diri. Boleh gurau sama. Paling best we all boleh borak benda yang sama tanpa ada rasa tak selesa ke apa. kita orang celebrate kat 1 Borneo je pun. keluar makan. kami lunch dari tengah hari sampai petang. haha. Makanan banyak sangat yang makan cuma 3 orang. order makanan macam untuk 6 orang. tengoklah nafsu kami tu. Okay sekarang jum layan picture kita orang <3 

 Two awesome women: Jihad and Ahyien

 Nurjihad, Salha, Farah Norhain

 snap, snap and snap

Our food: Pizza regular size, SR cakes, Spaghetti and a few more. perut kah juga tu?

Thank you for being with me jiji and ahyien. I love both of you. May ALLAH bless both of you always. I promised akan spend time dengan kamu lagi. i miss both of you. Jijiii bila nak blk Sabah? Ahyien do your best for this semester k? Kami berkenalan secara tidak sengaja. tetapi perkenalan itu akhirnya menjadikan ikatan kami semakin rapat. Ya Allah lindungi sahabat ku ini dan jadikan mereka hamba-Mu yang soleh. Amiin Ya Rabb.

WASSALAM :)
salha

Saturday, 31 August 2013

AUGUST IS A SPECIAL MONTH - PART 3

Assalamualaikum =)

Hari ni dah 1hb September 2013, rasanya tak apa kan kalau salha cerita kembali apa yang berlaku bulan August yang lalu? Its ok right? Hehe. Sorry lah coz Salha cuma free time weekend untuk update story salha. Ok stop nonsense salha. hehe :P

One of the best part about August sebab IT'S MY BIRTHDAY MONTH. That's why lah salha dok suka sangat dengan bulan ni. Last year family tak sambut birthday salha. but this year agak bertuah sikit sebab kena sambut. This year salha celebrate kat kampung je. Salha celebrate birthday dengan my niece Sya Qalischa. Kami sambut awal sebab masa tu lah kami berkumpul. Birthday salha actually 12th August and my niece birthday 9th September. But its okay bah sambut birthday awal. Hehe. Kami sambut raya ke-2. 

Okay salha malas nak buat entry yang panjang. So korang layanlah pictures salha masa celebration of my birthday and my niece birthday ok. Btw, Salha sambut birthday yang ke20 tahun and my niece yang ke2 tahun. 

That's my cake. even umur dah 20 masih rasa diri ini muda. red velvet cake with hello kitty's decoration ^^

That's my niece cake. Chocolate Oreo with Mickey mouse's decoration <3

Happy 20th birthday Salha (wah! wish diri sendiri pulak)

Happy 2nd birthday Syascha (nanti dah besar baca blog mak cu ok?)

Syascha with her daddy <3

Alhamdulillah I'm 20 years old already. In shaa Allah akan terus memperbaiki diri agar menjadi anak yang solehah untuk kedua orang tua ku. amiiinnn.

me and all the kids. wow~ i also like all the kids. punya kecik salha kat sana. hehe :P





thank you for those yang datang rumah salha. Alhamdulillah sebelum mulakan hari jadi tu sempat kami memanggil jemaah surau yang masa tu solat jumaat untuk datang ke rumah. kemudian kami adakan satu doa selamat. Semoga keluarga kami akan sentiasa sihat dan di berkati Allah. In Shaa Allah. Amiiinnn. 

WASSALAM :)

salha

Monday, 26 August 2013

AUGUST IS A SPECIAL MONTH - PART 2

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah hari ini salha rajin nak update blog. Weekend lalu nak update tapi salha punya badan dan jari jemari berat nak buka lappy. Sorry kengkawan. I'm not perfect bah ! hehe :P Okay today salha nak cerita sambungan cerita salha yang lalu. 

First of all, "Syawal tahun ini jatuh pada bulan Ogos SEKALI LAGI" yes ! Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa kita meraikan hari raya pula. Syukur kepada Allah sebab kita masih meraikan hari raya yang mulia ini. Raya kali ini tak lah gempak mana. Biasa-biasa saja. Sambut dengan bersederhana. Sayangnya kami satu family tak sempat nak berkumpul sekali. Sebab untuk kakak2 yang dah kahwin tu terCLASH tarikh dorang balik kampung. hehe :) Kak long balik malam raya. Kak en balik petang raya pertama. Kak naming balik raya ke3. kak nong balik malam raya pertama. Paling menyedihkan kak long balik raya ke2 ke kampung mentua dia. Nampak tak apa yang terjadi? -.-" Kemudia tahun ni juga tak ada ambil picture family. Sedihnya salha :(

Raya tahun ni macam raya tahun-tahun lalu. Salha tak banyak beraya ke rumah saudara mara. Sebab ramai sangat tetamu yang datang rumah. Salha beraya kat saudara mara yang terdekat saja. Asal nak pergi beraya mesti kena call di suruh balik sebab ada orang nak pergi rumah. Okay fine ! i can accept. Lagi pun salha ni tak tahan berada di rumah orang. hehe :P

Perkara yang menyeronokkan bila kakak salha belikan 4 kilo ketam. Mengidam nak makan ketam since puasa lagi. So my sis belikan ketam dari labuan. Dia sampai ja ketam tu masih hidup and fresh. Apa lagi teruslah mommy suruh kak long masak. Kak long masak ketam kari je pun. SubahanALLAH. 4 kilo ketam habis oleh kami. Hanya dengan sekali duduk. Sampaikan abg ipar salha cakap macam ni "ni kalau berendam pun boleh habis ketam ni" sebab pedas kan kari yang kak nong beli tu. habis sebungkus kari masak ketam tu saja. Nampak tak bersemangat kami makan ketam tu. hehe :D

Ada lagi lebih menyeronokkan. Tahun ni murah rezeki salha. Dapat banyak duit raya. Alhamdulillah. hahah :D Tq buat yang dah bagi salha duit raya. Walaupun mungkin kamu tertipu dengan badan salha yang kecil ni. Haha.

Okay sekarang jum layan foto raya salha (amboi skema habis) hehe :P

Sembahyang Sunat Aidifitri bersama ibu tercinta

Dalam kereta nak beli barang untuk open house bersama bapa tercinta

Agak blur sedikit picture ni tapi nak letak juga sebab niece and I look hot betul :P

Kami beraya di rumah uncle (abg mommy salha)

Tadaaa~ nephew and I. His name is Ahmad Shahrul. The hyperactive one.

Niece salha yang paling bongsu baby Rizqah Nabilla <3

Salha dengan kak naming bersama askar kami. hehe :P

Me and the only me. Besar lah spek tu dari muka aku. haha :D

salha tukar baju lagi. Masa ni niece and i busy make up. haha :D

Habis sudah cerita raya di Kampung. Niece balik labuan Salha blk KK. Sorry tinggi dan umur kami memang berbeza. Haha :D

Okay lah sampai di sini saja PART 2 salha okay. Ada masa salha update lagi. Hope korang enjoy ok? 


WASSALAM :)

salha

Monday, 19 August 2013

AUGUST IS A SPECIAL MONTH - PART 1

Assalamualaikum =)


SELAMAT HARI RAYA semua ^^ MAAF ZAHIR DAN BATIN. Salah silap diri ini seperti TERguris perasaan, TERasa hati, TERmakan hati, TERsinggung perasaan and segala "TER" yang telah salha buat mahupun yang "BUKAN TER". Di sini salha ingin memohon maaf di bulan yang mulia ini. Iaitu bulan syawal yang mulia ni. Harap belum TERlambat kan? hehe :P

Rindu salha membebel dan mencurah perasaan tak? haha :D Agak lama juga salha tak update blog kan? sorry guys. Salha memang busy lately. Sorry. Salha busy dengan final semester ni. Banyak sangat quizes, test and assignment. Sampai masa rehat pun sangat lah berkurang. Sampaikan salha demam, baru saja salha sihat dari demam tapi masih selesema, batuk dan sakit kepala :( Kalau salha dah penat sangat and stress memang salha akan cari masa untuk keluar and have fun with my bff.

Wow ! Its August baby. What so special with August? For me August always a special month ever. Ianya tambah special sebab kali ni ianya bercampur dengan bulan Syawal. Masha ALLAH <3
  1. Syawal tahun ini jatuh pada bulan Ogos
  2. Birthday salha 12 Ogos
  3. Bff salha juga birthday di bulan Ogos (Ekunk, Ahyien and Jihad)
Dah tau kan kenapa special sangat bulan ini untuk salha. Emm itu lah sebabnya. So nantikan apa cerita salha seterusnya. Ini baru Part 1 akan ada banyak part yang akan menanti anda. TUNGGU k <3.

WASSALAM :)

salha


RAMADHAN AL-MUBARAK STORY

Assalamualaikum =)

Disebabkan masa tidak menyebelahi salha pada bulan ramadhan yang lalu. Salha tidak sempat update blog salha and ceritakan aktiviti salha pada bulan ramdhan yang lalu. I'm so sorry. I'm a bit busy with assignment, test and quizzes. So salha tak lah buka blog. Tak apa kan cerita yang lama salha ceritakan sekarang? -.-" ahhh~ biarlah, salha nak juga cerita. Alhamdulillah ramdhan kali ini sangat bermakna. Sedar tak sedar ramadhan tahun ini dah 1434 Hijrah. 

Ramadhan kali ni memang banyak sangat aktiviti yang salha buat dengan classmates. Alhamdulillah. Pada mulanya ada classmates ajak untuk berbuka puasa atau orang sabah panggil "SUNGKAI" bersama. Apa lagi salha pun ON je lah. Lagi pun ini dah semester akhir untuk kami. Mungkin lepas ni dah tak bersama kan. Ok inilah activity salha pada bulan ramadhan yang lalu. Jum layan picture yang kami dah snap.

1. MEMORI BERBUKA a.k.a SUNGKAI BERSAMA CLASSMATES at 1 BORNEO

 Karaoke time: (Tyra vougeh, Nora and Paan) btw, tyra have a beutiful voice <3

Waiting for our food before SUNGKAI. (me, Paan and Pika)

 Again (me, Paan, Pijul and Pika)
 (Nabyl, Tyra Vougeh, Pika, Nora, me and Zikri)
Nasi ayam penyet jadi pilihan kami <3

2. IFTAR BERSAMA PROF MADYA MAT ZIN (one of our lecturer) in UiTM Sabah








3. IFTAR WITH MEMBERS OF GAMAT GOLD (my NEW FAMILY)
 With ckg noy (my high school Add math teachers')
 ckg noy's daugther (Putri)
 Ahli gamat yang dah senior


Buat pengetahuan para pembaca salha sekarang adalah ahli gamat emas. Di mana gamat emas ini telah membantu salha sihat daripada bengkak buah pinggang. Syukur alhamdulillah. Kuasa ALLAH buat salha kembali pulih sekarang hanya dengan mengamalkan C3 sipirulina yang tidak berbau hanyir dan berperisa blackcurrant. Ternyata gamat emas memang khazanah alam yang sangat tinggi nilainya. Terbukti banyak penyakit yang boleh disembuhkan hanya dengan mengamalkan gamat emas. Kepada yang berminat atau ingin tahu mengenai gamat emas boleh hubungi salha melalui:
1. miszsalha@gmail.com
2. 0143556329 - whatsapp ONLY !
p/s: ONLY SERIOUS CUSTOMER akan dilayan

4. IFTAR WITH EX SCHOOLMATES at RCH SURIA SABAH <3





WASSALAM :)

salha