Wednesday, 27 February 2013

PERMULAAN BARU :')

Assalamualaikum =)
Hye semua? sihat kah tak ni?
kalau sakit jangan lupa pergi klinik tau..
nanti tambah teruk :')

okay, for the first time salha mengalirkan air mata salha dengan kawan salha..
his a guy btw..
salha tak pernah nangis depan lelaki kalau pasal personal problem..
paling-paling salha akan meluah tapi TAK AKAN keluarkan air mata depan kawan lelaki salha.
tapi tadi salha terus call dia and menangis masa call dia...
terus dia pun terdiam sama masa salha menangis..
malu memang tapi salha tak mampu nak kawal dah...
yang salha tau salha nak meluah time tu...
dia macam abang salha dah...
salha tak ada abang..
semua adik beradik salha perempuan..
salha kali ni tak meluah pun dengan kakak2 salha sebab tak nak dorang susah hati..
selalunya salha akan cakap dengan mommy terus..
but this time kalau salha bagitau mommy apa jadi mesti mommy yang akan nangis dulu sebelum salha nangis..
sebab tu salha buat keputusan untuk terus berdiam...
dan bila dorang tanya salha akan berusah tukar topik lain...
bukan niat nak ketepikan keluarga tapi sebab salha sayang dengan dorang semua and salha tak sanggup menjawab semua persoalan dari dorang sebab tu salha terpaksa diamkan diri..
sorry mommy, kak long, kak en, kak naming and kak nong.

salha tak sangka masa keluar dari pintu bilik tadi sebelum jumpa dia tiba-tiba hati salha berkata-kata "you are the strong women so don't cry infront of him"
ya ALLAH masa tu salha terus tarik nafas dan jumpa dia dengan hati yang tenang dan mampu menjadi kuat...
alhamdulillah sebab ALLAH tolong salha.
tapi lepas salha jumpa dia and cakap tq terus air mata salha mengalir..
air mata salha terus membasahi pipi sehingga sekarang...
yang penting kami kena kejar cita-cita kami,..
alhamdulillah dia jadi wakil UiTM Sabah bagi program pemantapan kepimpinan dan pengurusan organisasi UiTM cawangan sabah...
happy untuk dia...
walaupun dengan apa yang jadi ni harap akan mematangkan kami berdua..
ada yang pernah cakap dengan salha "semua yang kau rasa sekarang sentiasa ada hikmahnya dan bersebab ALLAH buat kamu begitu"
ada juga yang cakap "munkin ALLAH nak kamu matang dalam semua ni"
aku terima semua nasihat dorang...
aku jadikannya semangat..
salha pun tak tau kenapa salha selesa dengan ahyien...
rasa bersalah dengan dia memang sangat banyak..
even sampai sekarang salha tak tau nak minta maaf macam mana..
tapi salha tak tau kenapa ahyien baik sangat dengan salha sampai suruh salha lupakan hal lalu...
dia memang gadis yang sangat baik...
salha tetap rasa bersalah..

salha cuma berharap agar semuanya akan cepat ditenggelamkan oleh bayang-bayang..
sebab memang sangat susah sekarang..
tapi sesusah salha sekarang salha masih ada kawan-kawan dan dia sendiri..
salha cuma inginkan dia jadi anak yang soleh sebab salha tau dia sayang sangat dengan mommy dia and adik-adik dia...
dia juga anak sulong jadi tanggungjawab dia sangat banyak...
salha sentiasa ingat kata-kata mommy kau :P
hahaha :D
i miss your mom...
nanti bagitau dia kalau salha gi labuan akan ada something untuk dia lagi <3
apa pun part paling best kita masih jadi BEST FRIEND...
sekarang tujuan utama kita buat yang terbaik masa study ni...
sama-sama kita berusaha...
apa pun kita akan terus berserah kepada-NYA :)
good luck awak ! ;')

Sunday, 24 February 2013

PRESSURE PLEASE GET AWAY 2 !!!

Assalamualaikum =)
semalam dah janji nak sambung story kan..
Okay salha baru ada masa depan lappy ni sebab tadi siang pergi beli buku guna BB1M...
Alhamdulillah sebab dapat free dari government..
yang tak bestnye tu apabila setiap kedai berbeza dia punya rules..
tak suka sangat..
sampailah salha jumpa 1 kedai yang best sangat..
kat SIGNATURE karamunsing kk..
semua benda boleh beli and x terhad...
hehehe :D
so, bagi students tu pergilah signature okay <3
tak rugi, hehehehe :P
lepas tu salha balik kat bilik sewa..
lepas sampai sini terus study sebab esok ada 1 quiz and 1 test..
so salha belajarlah kononnye...
heheh..
baru ada masa nak buka lappy ni...

Assignment ENT 300 tu kami siapkan di rumah salha..
tak lah siap semua..
tapi alhamdulillah banyak dah kami dapat...
sebab terlampau banyak assignment kena disiapkan..
memang sangat pressure lah sekarang...
jerawat pown dah merata tempat ni..
selalunya time exam ja keluar ni time belum exam dah keluar jerawat ni..
tak apalah..
nanti rehat banyak2 and minum air banyak2..

salha sekarang ni kalau boleh belah badan memang salha nak belah..
terlampau banyak benda nak buat kan..
disebabkan busy dengan study salha tak pergi event herbalife..
event ni memang penting apa lagi orang baru macam salha..
tapi salha tak dapat bagi komitmen sebab salha perlu habiskan diploma ni..
tinggal setahun lagi nak study..
hujung tahun ni last lah sebagai pelajar diploma UiTM..aminnn..
maybe lepas ni up line salha bengang lah dengan salha...
tapi macam mana juga kan..
salha kena penuhkan impian family dulu..
nanti dah sampai masanya akan focus dengan business...
salha ni memang tak pandai urus masa..
tak tau lah bila nak jadi matang kan...? -.-"
tak apa lah..
belajar lagi urus masa,..
cuma memang salha dah start tak boleh bagi komitmen penuh dengan semua yang salha ikut...
sekarang yang salha pikir nak habis study on time..
dah lah salha ada 2 subject lagi belum ambil...
1 subject tu salha repeat..
1 subject lagi tu salha differ...
semoga salha akan grade on time !! 
amiiinnn ya rabbal alaminnnn~

pressure sebab banyak benda...
memang sangat penat...
memang kadang-kadang marah dengan diri sendiri >.<
terasa semester ke4 ni lagi banyak cubaan dan dugaan dari ALLAH...
memang mental dan fizikal rasa tak mampu bertahan sudah...
tapi salha tak boleh putus asa..
apa lagi salha ada personal problem...
apa pun hope salha akan sentiasa terus kuat dan tak cari pasal dengan semua orang lagi..
paling penting tak cari pasal dengan azwan...
apa pun harap semuanya akan buat salha matang dan belajar dari kesilapan...
jangan tmengalah yang paling penting...

okaylah salha mengatuk sudah...
kalau salha ada masa, salha akan update lagi cerita salha k?
doakan salha untuk esok hari okay..?
semoga boleh jawab quiz dan test tu..
amiinnn...

p/s: final exam tak lama lagi = tambah pula stress sebab otak salha kosong sekarang :'(

Saturday, 23 February 2013

PRESSURE PLEASE GET AWAY !!!

Assalamualaikum =)
a very busy week ever !
seriously, salha sangat kurang rehat..
memang ada rehat tapi kan salha rehat yang tak bermutu...
sepatutnya salha tengah study sekarang tapi terlampau banyak dalam otak salha sekarang..
ini pun salha chatting dengan lecturer salha...
salha siap bawa dia main pool or bowling walaupun salha sememangnya tak pandai main dua benda ni...
cuma salha tak tahan dah..
tetiba sir (lecturer) salha tu setuju pula dengan pelawaan salha...
maybe by next week kami nak pergi main bowling...
sir tu memang awesome...
dia juga sekarang bagi kuat salha..
happy sangat...

okay minggu ni salha sangat tekanan sebab banyak perkara...
mana assignment salha kena reject kurang dari 12 jam salha kena betulkan semuanya...
tiba2 assignment yang kena reject tu salha orang ke3 present..
memang salha tak stress time tu?
sahlah stress salha time tu 150% sampaikan masa present tu salha menangis...
memang tak ada persediaan langsung...
bukankah itu memang dah effect markah salha?
sangat mempengaruhi okay -.-"
kemudian class salha memang sampai malam kalau selasa dan khamis...
hari khamis tu pula salha ada test ada pula assignment nak kena hantar lg..
nampak sangat kan salha tak pandai urus masa and nampak macam buat kerja last minute..
tapi sebenarnya semua tu kelam kabut sebab sir salha nak berhenti jadi lecturer sebab dia dapat kerja tetap di government...
sir dapat tawaran jadi perisik SPRM...
so dalam masa 2 hari macam-macam perkara nak buat untuk 1 subject tu...
kemudian hari jumaat tu kononnya nak berehat lah..
tidur dengan sepuasnya...
tetapi hari khamis tu untuk subject ENT 300 miss nak tengok operation plan hari isnin ni...
buatlah discussion dengan group member sekali tengok terlampau banyak problem yang belum selesai..
miss pesan dengan kami semua kalau marketing plan belum siap susah nak proceed operation plan...
walaupun salha ambil financial plan tapi ini kerja group member memang salha tak boleh biarkan begitu saja kan?
so salha dengan reine, sangat pressure time tu..
at the end, kami berdua decide untuk jumpa semua orang di kk...
dalam group kami ada 4 orang..
1. pika = GENERAL MANAGER/ ADMINISTRATION MANAGER.
2. kak dayang = MARKETING MANAGER
3. reine = OPERATION MANAGER..
4. salha = FINANCIAL MANAGER.
okay dalam assignment tu kami SEPERTI betul2 buka business..
so kami decide untuk form a bakery business...
memang banyak sangat kerja nak buat lah...
kami kena cari tapak kedai, harga barang borong, cari cara macam mana nak tarik customer etc...
hari jumaat tu jumpa kat CENTRE POINT, kk...
stay dekat KFC tengah hari tu...
lepas tu cari tapak kedai...
lepas itu ini semua, singgah KFC lagi untuk berbincang..
tak tau dah berapa jam kami di sana..
sampaikan pekerja KFC myb dah meluat dengan kami..
tapi tak pa yang penting kami kena pikir cara untuk assignment tu..sekali sedar dah malam and banyak lagi mau bincang..kemudian mau tidak mau saya decide untuk bawa dorang semua balik umah saya and siapkan apa yang patut..
alhamdulillah buat masa ni banyak sudah yang kami cari and dah dapat..
ini baru cerita satu assignment..ada banyak lagi assignment okay...

penat dah salha menaip...esok lagi lah sambung cerita k?
selamat malam...
nak rehat sekejap sebelum bangun untuk study untuk 2 test hari isnin ni = TAMBAH LAGI SAYA PRESSURE belum termasuk apa yang saya dapat tau dari someone hari ni..betul2 buat saya tambah marah dan sakit hati :'(

Saturday, 16 February 2013

I JUST MISSED YOU :'(

Assalamualaikum =)
Okay cuti CNY ni dah nak habis...
Rasa macam nak extend cuti lagi..
Tapi tinggal 5 minggu je kuliah ni...
Lepas ni final dah...
Huh~ seriously?? -.-"
Rasa macam tak study apa pun..
Salha masih lagi terhuyung-hayang..
Mungkin sebab apa yang berlaku dengan diri salha..
Yaaa~ niat di hati kalau boleh nak extend study dulu sebab salha betul-betul rasa "something" sekarang..
Tapi best friend salha larang...
Dia juga pesan kat salha "jangan pernah rasa penat dengan ilmu sal"..
Masa tu memang dia betul-betul nak salha kuat...
Sekarang ni salha memang berserah kepada ALLAH..
Salha tak tau apa nak buat lagi?
Salha hanya mampu berdoa dan teruskan berdoa...
Berzikir supaya hati ni tenang...
Ya ALLAH sungguh besar dugaan-Mu sekarang..
Aku tau ada orang yang lebih susah..
Tapi sekarang aku tak tau apa harus dilakukan..

Alhamdulillah, salha rapat dengan ahyien (orang yang pernah rapat dengan azwan dulu)..
Actually kami memang okay...
Walau apa yang jadi dia tak pernah simpan dendam kat salha..
Tak pernah juga salahkan salha...
Salha yang rasa bersalah kat dia...
Apa tak nya salha lah penyebab segalanya..
Sorry Ahyien semuanya memang tak disengajakan..
seriously, she's wonderful, very kind...
Salha ada bagitau dia salha tengah diet dia siap cakap "kau tak gemuk, badan okay apa"
Salha rapat dengan dia sebab waktu tu salha on9 sampai pagi kebetulan dia tak tidur dia chatlah dengan salha...
tak tau macam mana kami semakin rapat...
Alhamdulillah sekali lagi ALLAH memberi saya kawan yang sangat baik...
Happy memang...

Beberapa hari ni salha memang agak kelam-kabut sebab nak siapkan assignment yang memang berlambak...
Huh~ tu lah kan buat last minute rasalah..
Semuanya huru-hara jadinya...

Best friends salha suruh salha sentiasa kuat..
Walau pun salha terpaksa pretend yang salha kuat depan dorang semua..
Tapi pandai juga kadang-kadang salha rasa nak menangis dengan semua ni...
Kadang-kadang tu bukan nak rasa saja memang dah mengalir air mata..
Salha sedar ja air mata dah membasahi pipi..
Dah lah mengarut tu salha...
Setiap yang jadi ada hikmahnya..
Yup ! kita tunggu sebab roda kehidupan akan terus berputar..
Mungkin rasa ini akan berakhir tapi tak tau bila..
Mesti dia akan buat kau happy macam selalu :')
Teruskan berdoa untuk dia :'D
ALLAH sentiasa bersama..
Amiiiinnnnn ^_^

Friday, 8 February 2013

SENTIASA SOKONG !

Assalamualaikum =)
Okay...apa yang jadi pun salha akan sentiasa sokong...
Salha dah kenal diri kau...
Mesti ada something happen tapi tak nak cakap..
Aku kenal kau !
Kau bukan orang yang senang untuk meluah apa yang kau rasa...
Apa pun yang jadi kena ingat ALLAH sentiasa bersamamu...
Kena ingat mommy dan adik2 kau...
Aku tau kau tak kan hampakan dorang kan?
Aku tau juga kau tak kan pernah hampakan aku...
Keep moving !
Be strong !
Be HYPER ACTIVE as usual..
Buat apa yang kau nak buat tapi jangan lupakan ALLAH, mommy and adik2 kau !
Aku tau kau tak kan lupakan orang yang penting...
Teruskan bertahan !
Pleaseeee~ lepas ni saya nak tengok awak okay...
Jangan ingat saya tak tau dalam kegembiraan kau tu sebenarnya ada yang kau sembunyikan...
pergilah cari ketenangan...
Jaga diri !
Salha akan sentiasa doa yang terbaik ! :)

Thursday, 7 February 2013

EVERYDAY I NEED TO FEEL "AWESOME" !

Assalamualaikum semua =)
Wah~ its been a long time didn't update my blog....
Sorry everyone I'm kinda busy lately with assignment, test, quiz and class...
Seriously, when I arrived at my rent room I feel very tired...
Feel like wanna sleep always but so many things to do...
So I'll make sure that my work done before the next day...
Seriously SUPERB TIRED okay !
But sometimes I can't finish it because I'm too tired...

Okay, for now salha dah start diet..
One of my classmates feel weird and said "badan ko okay apa?"
Memang okay kamu tengok tapi salha tak happy dengan badan salha sekarang...
SEBAB? 
Ni sebabnya salha start stress bila orang cakap salha GEMUK !
Salha stress bila orang cakap salha tak boleh kurus kan badan...
Salha nak BMI salha betul2 ngam lah...
Tak apa lah kalau ada orang tak percaya dengan diri salha tapi salha akan buat yang terbaik...
YES ! salha tak lah gemuk mana..
Tapi salha lebih gemuk dari 2 tahun lalu...
For now maybe berat salha around 45kg tinggi hanya 144cm...
Eiii SALHA TAK SELESA !

Okay entry salha cakap EVERYDAY I NEED TO FEEL "AWESOME".
Why???? -.-"
Yelah kalau tak buat macam tu nanti kita sedih2, pening2, stress ! semuanya lah >.<"
TAK NAK ! 
Sebab kita mesti rasa diri kita LUAR BIASA supaya kita akan rasa EXTRAVAGANZA dalam diri kita...
Ini yang saya belajar daripada HERBALIFE...
Memang tak semua yang akan suka kita...
Jangan fikir pasal orang yang tak suka kita..
Yang penting kita kena always FEEL GOOD with everything...
Thank you ALLAH akhirnya aku sedar akan semua ini..
Thank you HERBALIFE sebab ubah hidup saya !
Thank you my best friends: JIHAD, YVONNE, EKUNK, REIN <3
Thank you all <3

Sekarang nak bagitau salha happy dengan lecturer salha...
Semuanya baik dengan salha...
Tak tau lah kenapa mungkin sebab salha ni kecik so dorang rasa salha ni adik dorang...
Kalau salha ada problem pasal study mesti akan cari dorang...
Memang salha tak focus kebelakangan ni tapi dorang tetap bagi salha peluang...
Alhamdulillah..
Malah salha belajar benda yang lecturer tu tak ajar lagi..
Best kan?
Then ada juga lecturer salha yang suka bagi salha semangat...
Sampaikan kami sama2 share problem...
Hubungan kami hanya antara lecturer dan student...
Memang agak rapat tapi kami sebenarnya cuma saling membantu...
Jangan fikir benda lain..
Even lecturer tu tak mengajar lagi..
TERIMA KASIH miss IZZAH, sir NAZRIE and sir AZLAN sebab you all THE BEST !

I just think I'm too pathetic at this picture...
Let it be okay because something AWESOME will happen 

P/S: Jangan terus mengaku KALAH salha !