Wednesday, 27 March 2013

CUKUPLAH ATAS SEGALA KESAKITAN FIZIKAL AND DALAMAN :'(

Assalamualaikum =)
Hari ni 27.03.2013 adalah hari yang sangat bersejarah...
Today is my first paper for ENT 300..
Before masuk examination hall salha call lah mommy then call my dad...
Bila bercakap dengan my dad memang touching sampai menangis and salha terpaksa memberhentikan conversation kami...
Kemudian masuk examination hall..
Dari semalam sampailah saat ni memang pinggang sangat sakit..
Tapi salha tetap kuatkan diri walaupun mengadu kat fb and twitter..
Salha jalan awal pergi library study dengan best friend salha nama dia rein..
Masa tu balik-balik dah buat muka sakit..
Tiba-tiba my sis dari labuan call bagitau dia datang KK this weekend..
Tiba-tiba juga sebab tak tahan salha mengadulah yang pinggang salha sakit..
Then my sis cakap kenapa tak bagitau kak long..?
Kebetulan salha tak ada kredit masa tu..
Kak long call memang kena ceramah sampaikan masa tu juga nak kena ambil pergi UiTM cuma salha tak nak and cakap masih boleh tahan..
Salha sengaja cakap macam tu sebab nak habiskan paper ENT 300...
Kebetulan paper tu start 2:15pm - 5:15pm..
So minta my sis ambil lepas paper habis..
Masa dalam examination hall tu memang sakit sangat sampai selalu hilang focus..
Salha tetap kuatkan hati untuk jawab semua soalan..
Tiba-tiba semakin sakit and salha menguatkan diri untuk ke tandas..
Pengawas exam nampak muka salha yang menahan kesakitan sebab masa tulis nama untuk masuk tandas tu salha hampir nak terduduk..
Dia tanya salha okey ke tak..
Salha cakap salha okey..(dalam masa yang sama salha berdoa "ya ALLAH bagilah aku kekuatan dan berikan aku tumpuan kembali, mommy and bapa tolong doakan anakmu ini")
Ada kawan-kawan yang menengok salha menahan kesakitan..

Dipendekkan cerita salha pergi klinik...
Doctor tu baik sangat...
Dia sempat cakap "senang saja DPA tu yang penting kau study, kalau tak study memang susah"..
Dia suruh salha baring sebab nak rasa pinggang dan perut salha...
Lepastu dia tekan perut dan pinggang salha..
Yes ! masa tu sakit...
Lepas tu dia suruh salha buang air kecil dan dia nak cek...
Dapat result "alhamdulillah buah pinggang aku belum rosak" akan tetapi BUAH PINGGANG AKU BENGKAK :'(
Luluh hati bila mendengar result dari doctor sebab tu salha tak nak buat check up..
Tiba-tiba ada schoolmates yang suruh salha google mengenai sakit ni..
Salha semakin takut bila membaca mengenainya..
For now salha bergantung dengan ubat RHEMOFENAX = TAHAN SAKIT, CETAGESIC = RELAX MUSCLE and URINARY ALKALINIZER = PELAWAS KENCING...

Ni lah ubat yang kena dimakan :(
Sakit sangat :'(

Salha ni macam biasalah apa-apa ja mesti post dekat fb, twitter and blog...
Ramai yang bagi semangat supaya salha balik kepada normal life..
Salha sendiri sedih dengan tahap kesihatan yang semakin teruk...
Hanya mampu berdoa supaya have my normal life back !!
Tapi TAK TAU BILA SEMUANYA AKAN BERAKHIR..
Thank you sebab support salha..
Kalau pun semua kesakitan ni semakin teruk salha berharap biarlah sudah salha habis study...
Sangat berharap :'(
#doakan kesihatan aku :'(

Ini antara orang yang bagi semangat :')

Ni pulak conversation dengan best friend tapi lama dah tak jumpa sebab dia dah pindah semenanjung :'(
Thanks nash :)

Ni conversation dgn senior masa high school memang rapat sangat dengan dia :)
thank you sis :)


Ni one of my best friend juga kat high school :)
thank you has <3

#Thank you sebab support korang semua insha ALLAH, salha pun memang nak sembuh and back to normal life without any medicine :( Insha ALLAH akan terus menjaga kesihatan :')

*Wassalam <3

Saturday, 23 March 2013

FINAL EXAM? -.-"

Assalamualaikum =)
Setelah sekian lama (tak lah lama sangat baru je seminggu) TAK update blog...
ergh~ RINDUNYA !! tapi aku tak rajin nak update...
So biarkan blog ni berhabuk macam tu je lah...
Blog aku ni memang tentang kisah hidup aku..
Aku dah buat blog ni Diary kesayangan aku tau :P
Dah lah merepek tu cik Salha >.<"

Alright ! btw, salha nak bagitau yang semester 4 ni dah nak sampai ke penghujungnya...
Wah~ tak sedar sungguh masa berlalu dengan pantas...
Aeottokkee? -.-" What should I do?
So many things yang telah jadi masa semester 4 ni...
Kat sini juga lah aku jatuh tapi aku bangun dengan sokongan best friends, lecturer, my niece, also myself of course !
Whatever happened to us you MUST and COMPULSORY remembered ! that ALLAH always be with us...
So jangan pernah lupa dengan ALLAH yaa~? ^__^
Alhamdulillah sekarang aku terimanya dengan redha walau pun hati terasa sangat berat..
Aku pernah rasa sangat tak larat untuk berhadapan dengan semua orang sebab masa tu dalam otak aku, aku GIVE UP dengan semuanya, aku sedih dan aku malu..
Tapi bila aku fikir balik buat apa aku nak meratapi nasib aku sedangkan inilah masanya aku berdikari...
yaaa~ akulah orang yang paling susah hidup berdikari, paling tak pandai urus diri...
TAPI, alhamdulillah~ sekarang aku urus semuanya sendiri di samping minta nasihat dengan orang...
Apa yang buat aku terharu bila tiba-tiba je ramai orang datang tempat aku bagi aku semangat sedangkan aku tak tau apa-apa pun...
Tak kiralah dorang chat kat aku dari fb sampaikan ada yg tweet aku kat twitter...
ALLAH, terkejut badak aku...
Maybe sebab post aku yang sedih kat fb, twitter and blog rasanya...
Sorry sebab itu antara cara nak motivated myself...
Dengan meluah...
So kepada yang tak suka or menyampah sorry yerk~ sebab ini cara aku ! bukan nak mengada or apa cuma aku tak nak diri ni tambah serabut...
Apa lagi aku ada sejarah hitam yang @##$%%^^ ?
(hilang kawalan diri)
Dah lah yang penting hidup sekarang dan masa depan diri aku...
Apa pun saya manusia yang tak sempurna dan banyak melakukan kesilapan..
Akan tetapi aku akan terus mencuba untuk memperbaikki diri ini..
Disamping ingin mendekatkan diri dengan penciptaku ;)
For now salha cuma perlu focus dengan final exam..
Semester ni ada 6 subject tapi hanya 5 subject yang masuk final examination...
Tapi semester ni antara semester yang paling susah...
Semoga aku dapatlah jawab semua paper dengan sempurna..
Amiiinnnn~

FINAL biar betul?

Apa pun kali ini salha dah single kan?
My sis juga always support salha...
Dorang nak tengok salha ambil sijil diploma tu...
Salha buat ni untuk ilmu dan untuk family salha..
Thank you to my sis sebab keep support me...
Bagi duit untuk belanja...
Walaupun dorang tau salha ni boros...
Terima kasih kakak-kakak ku :')
Sayang kamu..
Doakan adik bongsu kamu ni :(
Semoga kali ni lulus semua subject...
Amiiinnn~


si pindik dengan warna kegemarannya <3
WASSALAM ;)

Saturday, 16 March 2013

I'M NOT ALONE :')

Assalamualaikum =)

Today feel miserable...
I don't know why ? -.-"
My friends keep support me...
My sister keep asking and also support me...
But I still feel something missing :'(
What is that?
Aku tau tapi aku tak boleh nak ungkapkan..
I just hate myself sebab keep crying...
I just can make a FAKE SMILE to HIDE EVERYTHING !

Thanks to ALLAH because everything...
Aku belajar untuk meredhai...
Aku belajar untuk menjadi kuat..
Dulu aku pernah menjadi kuat..
Walaupun aku ambil masa bertahun untuk kuat dan melupakan...
My best friend pernah cakap dan pesan teruskan berdoa sebab akan ada jalan penyelesaian...
Aku sibukkan diri aku dengan assignment yang memang berlambak, aku sibukkan diri aku berada di UiTM walau pun sebenarnya aku tak nak buat masa sekarang, aku sibukkan diri aku dengan kengkawan aku untuk semua apa yang aku lakukan, aku sibukkan diri aku dengan blog, fb dan twitter aku, aku juga sibukkan diri aku untuk berkurung dalam bilik sambil ditemani A.J...

Okay just now someone text me...
No need lah kan aku bagitau siapa orangnya...
Ini text yang dia bg "janganlah fikir sal..makin kita fikir, kita yang teruk..orang yang kita fikirkan tu xkan pernah rasa untuk fikirkan kita..jadi BERHENTILAH...1 saja kau ingat, hidup ni bukan nak cari kesedihan tapi kita hidup ni untuk kesenangan..buang perkara yang menyedihkan tu, INGATLAH ALLAH tak pernah jauh dari kita...ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita"...
Tersentap aku mendengar ayat-ayat dia ni..
Dia berpesan kerana dia menganggap aku adiknya...

Huh~ sampai bila aku terus mengurung diri aku..
Sampai bila aku takut dengan dunia luar..
Sampai bila aku perlu menjaga reputasi aku yang sememangnya telah hancur !
Sampai bila aku mahu bersedih?
Sampai bila aku menjadi seorang yang pengecut?

Apa pun insha ALLAH aku akan terus mencuba menjadi salha yang kuat itu balik..
UiTM aku akan terus berada di sana sehingga aku berjaya menamatkan pelajaran ku...
Ini ilmu yang harus ku kejar...
Aku akan buat all out untuk semua ini kerana aku mahukan pengakhiran yang terindah buat diriku...
Apa pun aku tak mahu terus menjadi mangsa keadaan !
Aku akan berubah mungkin akan jadi orang lain..
Atau juga aku akan menjadi salha tapi perwatakan seperti orang lain...
Untuk menjadi diri sendiri sangat susah buat aku sekarang kerana diri aku sendiri seorang yang lemah dan pengecut...
Apa pun aku akan teruskan untuk memperbaikki diri aku !
Ini antara cara salha MOTIVATE myself for what has happened !
Thanks for those who make me smile now <3

one of my best friend :)

I just want to hide everything :')

I love this picture BUT its not clear at all -.-"

studying ADMINISTRATIVE LAW (LAW 309)

I just keep pretending :')
The shortest one (of coz lah budak kecik ni)

I call her "minah Indon jual Jamu" sbb she's wearing kebaya Indon...
Btw, she my best friend and my soul mate...cehhh~ heheh..


I borrowed payung lecturer...
When I saw payung tu terus I grab give my phone to my friend and said "please snap my pic with this payung"
ada yang cakap "eeiii salha baju kau tak pink"
me: "semalam nak pakai pink tapi baju ni yang teriron..aku x kira aku nak juga sebab sandal aku dah pink.. okaylah kan?"
lecturer: she's smiling sambil tengok gelagat salha yang memang budak ni"
I just happy that day <3
Thanks everyone ^_^

Friday, 15 March 2013

WAKE UP AT THE MIDDLE OF NIGHT?

Assalamualaikum =)
Alrigth~ actually salha mimpi something kalau tak, buat pe nak bgn jam 3am kan?
Ni lah ni kalau bukan sebab salha menahan semuanya tadi sampai bergegar badan sebab menahan daripada meletup maybe tak juga...
And maybe sebab salha terlampau fikir...
huh~
tak pa lah apa pun salha kena ikut cara Rein...
Tahan semuanya..
Sabar betul best friend salha seorang ni...
heheh :P
Macam-macam jadi masa di UiTM tadi...
Sangat malas tau untuk berada di UiTM bukan sebab tak nak cari ilmu...
Tapi sebab orangnya..
Tak apa lah...
Kamu nak ketawa kan saya dengan apa yang nak jadi?
Suka hati kamu lah...
Sampai bila saya nak takut untuk berhadapan semua ni kan?
Plastiknya kamu !
Tak apa lah sebab Allah bersamaku...
bagi someone tu...
Please lah ambil tau sikit...
Tau tak sebab apa yang dah jadi ni perasaan takut tu semakin menghantui saya...
Kau tak tau kan apa dah berlaku?
Sebab kau dah start biarkan semuanya !!!
Nasiblah aku ada anak buah yang menjaga aku secara tak langsung....
Nasiblah ada kawan di sebelah aku bila semua tu berlaku...
Tapi salha tetap rasa semuanya masih kurang...
Sampai bila weiii~
Salha penat bah~
Salha takut bah~
Salha tak berani~
Salha tak kuat~
I need support~
Tapi kau hilang :'(
Tau tak hampir setiap hari aku tak nak berada di dalam UiTM hanya sebab ini tau...
Sebab tu rasa nak extend...
Sebab tu juga kehadiran maybe tambah merosot~
Prestasi memang dah merosot...
Aku cuma boleh buat yang terbaik..
Apa pun aku menangis sekarang sebab aku akan bahagia di kemudian hari..
PERHAPS !!! :'(
Wassalam~~~

Wednesday, 13 March 2013

KUATKAN AKU YA ALLAH :'(

Assalamualaikum semua =)
Salha tengah study LAW (Administrative Law) ni...
Makkkk aiii~ salha tak suka hafal fakta...
Dulunya fakulti salha ni ada Fakulti undang-undang...
Tapi ditukar kepada Faculty of Administrative Science & Policy Studies..
Macam-macam dah salha belajar since jadi siswi...
Sangat banyak...
Betul lah ada orang yang cakap life dekat university ni lah masa kau untuk mengenal banyak hal...
Macam-macam dah salha rasa...
Di sinilah salha kenal ramai orang (but sometimes salha tak kisah pun pasal orang sekeliling sebab salha tak nak busy body), rapat dengan lecturer (dorang semua baik dengan salha), open minded (maksudnya lebih matang dan terima semuanya dengan redha), and etc...
Actually, kawan-kawan sekolah salha pernah cakap "kenapa kau berfikir terlampau ke depan sedangkan dulu kau bukan begini, kau seorang yang susah nak fikir apa akan jadi akan datang"...
Sebenarnya ada orang yang ajar salha untuk sentiasa fikir "SETIAP PERKATAAN YANG KITA CAKAP APA AKAN JADI DI MASA AKAN DATANG"..
Salha memang orang yang tak suka peduli hal orang sometimes hal sendiri pun salha malas nak peduli..
Tapi kita kena sentiasa fikir apa akan jadi akan datang dengan setiap tindakan kita...
Tipulah kalau salha ni tak ada buat kesalahan :P
Nama juga manusia biasa, of course akan buat salah,..
sebab nobody perfect dear ;)
Kadang-kadang tu juga salha malas nak fikir apa orang akan cakap kita di belakang..
Sebab mulut orang weii susah nak tutup...
Mulut manusia ni bukan macam mulut tempayan yang kita boleh tutup..
So bila orang nak cakap salha kat belakang I will ignore..
Come on semua dah besar tau apa baik dan tak baik kan?
Nak jaga reputasi?
Siapa tak nak jaga reputasi sayang oiii~
Mestilah nak jaga tapi kita cuma boleh buat yang terbaik..
Seriously, salha ni mungkin akan dikategorikan sebagai orang yang sombong, bongkak kat UiTM tu...
Sebab?
Perwatakan salha lah...
hahah :D 
Salha cuma ikut kepala salha saja, kalau salha tak suka memang salha tak suka lah..
Salha benci, benci lah tu...
Salha tak nak layan, jangan harap aku akan layan...
Itu salha tapi sikit demi sikit salha perbaikki semua tu..
Sebab dah besar macam mana tak suka kah, benci kah, tak nak layan kah belakang kira yang penting salha nak orang selesa dengan salha..
Actually salha tak sombong pun...
Cuba kenal salha dulu, orang kata tak kenal maka tak cinta...
Haha :P
Salha memang susah nak rapat dengan orang tapi kalau salha dah mula selesa salha akan terus rapat dengan kamu...

Dah out story aku ni..actually nak cerita yang ramai kengkawan bagi salha semangat sebab this is my final year..
So whatever it is salha kena CONVO ON TIME !
Salha pernah dicabar juga oleh someone sebab tu salha cuba untuk terus focus and do my very best !
Salha ingat semua conversation kami and salha tak pernah delete semua tu sebagai bukti...
So you in trouble (cehhh~)
Insha ALLAH, dengan kehendak-NYA salha akan buat yang terbaik..
And tadi my sis tiba PM salha kat fb dia tanya bila cuti?
hahah :D
Tetiba dia bagi semangat and dia cakap dia nak tengok salha ambil diploma tu...
uh~ tak sabar rasa nya..
let me show you all our conversation k?
btw, sorry sebab kami berbahasa brunei a.k.a kedayan pulak :)
Hope semua boleh faham okay?


Btw, thanks to my sister sebab support salha lebih-lebih lagi dia dah tau apa yang jadi kan...
walau pun belum tau cerita sebenar...
terasa belum sampai masanya untuk cerita dengan detail..
Okaylah salha nak tidur sudah ni..
Esok salha ada test LAW...
Semoga dapat jawab semuanya esok..
Aminnn~ 


Big smiling from me....
wassalam <3

Sunday, 10 March 2013

PRESENTATION OF THE YEAR -.-"

Assalamualaikum =)
Alright dah sampai masanya salha cerita pasal kesibukan salha sehingga masa tidur pun tak lena...
Macam ni salha adagroup assignment dan last week March 6th 2013 kami dah presentation...
Banyak2 assignment, assignment ni lah yang paling susah...
Serious memang salha dah hampir ternangis, bergaduh dengan group member, tidur dengan group member, berkampung di office lecturer sampai lecturer suruh makan makanan yang kat office dia tu...
Pernah juga sebab berkampung di office miss tu, kawan lecturer salha terperangkap dalam lif...
Huh! -.- memang salha dengan miss panik time tu...
Miss sampai pegang tangan salha sebab risau keadaan lecturer yang terperangkap...
Alhamdulillah lecturer yang terperangkap tu selamat...
Hampir sejam juga lecturer tu terperangkap dalam lif...
Group salha adalah group yang paling banyak tanya lah...
Apa pun assignment tu memang paling susah antara semua assignment yang pernah dapat...
Patutlah senior pernah bagitau kami yang assignment ENT300 akan buat kami stress dan segalanya...
Siapa tolong kami?
Of course lah lecturer dan diri kami sendiri...
Bukan tu saja presentation ni salha gelar sebagai PRESENTATION OF THE YEAR...
WHY?
Sebab ini presentation pasal business plan..
Pasal product yang kami nak jual..
seriously, kami buat ni seperti kami buka company betul2 siap cari tapak lagi..
Berurusan dengan ramai orang..
Tak dilayan?
emm~ memang dah biasa bagi student yang hanya nak buat research or cari borang..
Apa pun kami kuatkan semangat demi assignment ni...
Alhamdulillah group kami miss tak tanya apa soalan maut pun...
Tak tau kenapa..
Mungkin juga sebab miss dah nampak kerja kami sebelum ni..
Memang pernah sekali tu berlaku COLD WAR antara group member depan miss sendiri...
Apa pun minggu ni baru dapat comment miss...
Kami dah buat yang all out sekarang terpulang kepada miss untuk judge kerja kami macam mana...
Okay apa pun thank you so much for the food and drink miss..
Miss sanggup bawa makanan untuk kami masa presentation tu..
Sweet betul miss tu tau..
Salha sayang dia sebab dia sentiasa sabar dengan kami..
Mungkin juga kerana faktor usia miss..
Sekarang miss tengah buat thesis untuk master dia..
Salha cuma mampu doakan miss :)
Semoga semuanya berjalan dengan lancar...
The name given is Ms IZZAH IZYAN..
She is my wonderful lecturer...
Thank you for everything miss,..
Until now miss always bagi support kami..
Dia juga adalah pelajar terbaik UiTM...
Sangat bangga dengan miss tau...
Okay now jum layan picture salha before presentation and after presentation :)

Ini picture yang lecturer salha edit untuk kami <3

This is the time kena bakar hujung kain tu supaya benang tak terbuka..
Buat ni dalam class okay...
heheh :P

Ms. Izzah and I...
Cute kan kami dua macam adik beradik pula :)

Ms cakap salha cumil (alamak perasan pulak) -.-

Actually, Ms sangat suka picture ni that's why letak dalam blog ni ^_^

The three of us <3

Look at us tak tau nak pilih color apa untuk eye shadow :P

Before presentation memang patut MAKE UP :)

Saranghae <3

P/s: Ada banyak picture lagi tapi tak larat dah...tengoklah kat FB salha k http://www.facebook.com/misZsalha.extrovert.gurl 

Friday, 8 March 2013

I'M CRIED IN FRONT OF MY LECTURER, CLASSMATES AND SENIOR :'(

Assalamualaikum =)
Last entry hari tu ada cakap salha nangis kan?
Actually begini ceritanya, miss start cerita pasal keadaan di Lahad Datu, pasal latihan komando Malaysia...
Sampai satu part tu salha angkat tangan dan terus cakap "miss how about people in Lahad Datu because my roommate from LD and her family's house near dengan kg Tanduo and last night her dad call her and tell her that her dad tak dapat bank in duit untuk dia dan mengadu bekalan makanan semakin berkurang..perkara paling sedih bila bapa dia cakap tak ada guna ada banyak cash di tangan kalau kedai tak buka macam mana kami mau makan nanti pun tak tau lah" (sambil air mata menitis di pipi)...
Classmates salha ada yang sampai nangis masa tu...
Ikut sama dengan salha menangis...
Kawan2 sampai minta salha tahan dari nangis sebab dorang tak tahan time tu...
Kemudian miss pun cakap "perempuan memang tak dapat tahan emosi, lelaki pula bersifat ego sebab tu mereka menjadi pemimpin"..

Salha sentiasa risaukan keadaan mereka..
Salha risau dengan semua orang di sana...
Salha memang air mata duyung..
Salha memang senang menangis...
Apa pun salha sentiasa doakan wira-wira negara dan seluruh penduduk Sabah agar semuanya kembali seperti sedia kala...
Insha ALLAH pasti ada jalan penyelesaian..
Amin ya Rabb :)

Btw, sorry late update salha busy dengan presentation yang paling besar kemudian laptop salha rosak..
Alhamdulillah dah okay sekarang...
Lepas ni nak jaga bagus2...
Okaylah~
salha nak sambung study esok ada common test QMT 181 for sir Marzuki's students ONLY :)
wish me luck and all of us...
Wassalam <3

Tuesday, 5 March 2013

STRESSFUL DAY -.-"

Assalamualaikum =)
Entry pun memang dah buat salha stress baca..
Hari ni macam-macam jadi...
Ikut hati memang salha pun nak ikut meletup tadi...
Tapi sebab rasa hormat, sebab tak nak tambah memburukkan keadaan, sebab salha dah penat untuk menyiapkan kerja ni selama berbulan-bulan..
Ya ALLAH dah banyak pun masa yang miss bagi..
Salha malas nak cerita benda ni...
Apa lagi nak ungkit...
Biarkanlah ! 

Tapi kesian dengan kawan salha satu tu...
Banyak bah benda dia nak buat...
Ni lagi dia ada meeting..
huh~ apa yang salha boleh tolong salha tolong...

Apa pun doakan salha untuk presentation esok..
Btw, salha nangis masa first class salha tadi..
nangis dalam class k, depan lecturer, my classmates and also my senior..
Nak tau kenapa salha nangis?
Tunggu lah entry seterusnya...
Wasalam :)

Monday, 4 March 2013

RISAU DENGAN SEMUANYA :'(

Assalamualaikum =)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

ya ALLAH engkau selamatkan lah negeri ku daripada semua penceroboh kesultanan Sulu...
Engkau berikanlah perlindungan kepada WIRA-WIRA negara kami...
Engkau lindungilah kami dari semua yang berlaku ini...
Engkau kuatkanlah lagi IMAN kami kepada-MU ya ALLAH...
Aminnn ya Rabb...

Buat masa ini terlampau banyak khabar angin yang telah berlaku...
Apa pun salha hanya mampu berdoa kepada ALLAH..
Begitu juga dengan kamu kan?
Kita berdoa mengikut kepercayaan masing-masing...
Yang penting tujuan doa kita semua sama...
"Inginkan keselamatan"

Buat beberapa hari ni memang salha agak risau dengan keadaan negeri ku ini..
Negeri di Bawah Bayu :(
Selain itu ada lagi beberapa berita lain yang salha dapat...
Memang sangat risau...
Tak apalah salha akan sentiasa berdoa...

Buat masa sekarang salha sangat penat disebabkan assignment yang sangat banyak..
Tekanan yang semakin tinggi...
Apa tak nya mana nak fikir assignment, test dan presentation..
Rehat?
Em tipu pula lah kalau salha tak ada rehat...
Memang ada rehat cuma rehat yang tak bermutu...
Kamu faham-faham sendirilah rehat yang tak bermutu itu..
Tak larat dah nak tekan keyboard lappy ni..
Salha tak sihat sebenarnya..
Tekak dah start sakit...
Kepala sakit sangat..
Selesema lagi..
Tak apa lah yang penting salha kena kuatkan diri sebab rabu ni presentation paling besar salha..
Presentation ENT 300..
Doakan yang terbaik..
Doakan salha dapat elak serangan M16 miss salha tu...
amiiiinnnn....

Jaga diri, Jaga kesihatan dan jangan tinggal solat...

Friday, 1 March 2013

KEEP PRAYING FOR LAHAD DATU MALAYSIAN PEOPLE !

Assalamualaikum...
semua dah tau kah dengan apa yang jadi di LAHAD DATU, SABAH...
Wahai rakyat Malaysia...
Doakan WIRA-WIRA negara kita...
Doakan rakyat Malaysia yang berada di Lahad Datu...
Salha tidak berhenti post status di Facebook dan tweet di Twitter mengenai semua ini !
Apa yang berlaku di Lahad Datu??
Media apa perkembangan?? 
Salha tau yang wartawan diperintahkan untuk keluar dari ZON BAHAYA itu, akan tetapi kami memerlukan perkembangan dari masa ke semasa mengenai semua yang berlaku di sana...
Memang kami tak layak untuk memperbahas kan perkara ini...
Kami cuma mahu KESELAMATAN di PERKETATKAN...
wahai PENCEROBOH silalah keluar dari negara kami...
Kami tidak kacau negara kamu...

ini yang berlaku? 
ya ALLAH hanya kepada-MU kami berserah dan berdoa agar negari saya terus SELAMAT !
Salha bukan orang POLITIK, bukan juga orang yang alert dengan isu semasa...
Tapi salha SAYANG SABAH..SAYANG MALAYSIA !!
kami sebagai belia TAK INGIN SEJARAH BERULANG !

Paling menyedihkan apabila anak kepada ARWAH INS ZULKIFLI MAMAT berkata "PAPA KENA BOM"
Kamu tahu berapa umur anak arwah tu?
4 TAHUN...
ya ALLAH dia tak tau apa-apa...
Tapi dia tau yang ayahnya di bom oleh penceroboh...
Kuatkan hatimu dik...
Kami akan terus berdoa..
Semoga Allah melindungi adik sekeluarga :')
Ayah adik sememangnya WIRA NEGARA ;(


ISTERI kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, Nor Aziah Nor, 28, dipimpin saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya, hari ini. Gambar kecil anak Allahyarham.

#sumber FB BERITA HARIAN ONLINE

kuatkan iman...
Redhakan semuanya..
kerana semua puan MATI SYAHID kerana mempertahankan negeri ini...
jaga kesihatan baby yang dalam kandungan puan...
doa kami sentiasa ada...
perkuatkan diri puan...
semua puan SEMEMANGNYA HERO SABAH !

Teruskan berdoa rakyat Malaysia...
untuk kesejahteraan bersama...