Friday, 19 April 2013

NEW STORY OF SALHA :)

Assalamualaikum =)
Lama sangat tak update blog...
Em salha tak rajin nak update blog lately..
Tak tau kenapa? -.-

Hmmm~ ni nak cerita something...
Baru-baru ada orang PM salha kat Facebook salha..
Memang agak terkejut pada mulanya...
As usual, even salha tak ada apa-apa dengan Azwan...
Salha akan bincang dulu apa-apa mengenai kami berdua...
Myb sebab dah terbiasa dengan semua tu sejak dulu lagi...
Memang ada yang menyakitkan salha...
Belum habis lagi salha bagitau wan...
For now salha nak biarkan dulu..
Malas nak fikir banyak benda sebab salha punya kesihatan masih belum sihat sepenuhnya...
Tapi agak pelik kenapa semua berlaku sekarang?
Memang ada juga yang buat kami berdua ketawa masa bincang hal ni..
Tapi tak apalah...
Biarkan saja...

Btw, Thanks to all my best friends sebab support salha masa salha tak tau nak buat apa...
Masa tu, dalam otak salha "kenapa sekarang aku perlu tau semuanya"...
Mungkin ALLAH nak show something kat aku...
Akhirnya salha redhakan juga...
Yang pnting salha happy sudah sekarang...
Happy kenapa?
Sebab ada best friends salha..

Em -.- HELLO ITS SEMESTER BREAK !!!
Ya ALLAH, dah habis semester ke4 aku...
Tinggal 1 sem sahaja di UiTM...
In shaa ALLAH, tahun depan salha akan grade dah :)
Grade kat UiTM Shah Alam <3
Okay, salha mulakan cuti dengan hang out with my niece...
Niece salha tinggi2 salha ja yang ketot :(
1st salha keluar supper kat McD Drive Thru Sulaman..
My niece yang belanja...
Kemudian, esoknya kami keluar pergi tengok wayang..
Thanks to my niece also sebab belanja salha...
heheh <3
Snap dalam kereta..with azian (left) zila (right)...both of them are my niece <3

Okay, lepas tu salha balik Labuan keesokkan harinya...
Cuti kali ni tak lama sebab salha ada intersesi...
So, salha memutuskan untuk balik Labuan walupun hanya untuk seminggu...
I'm alone balik Labuan..
Sebab Zila kena tunggu surat practical dia lagi...
Hello to Labuan, even just for a week :)

I just wanna move on :)

my youngest niece Baby Rizqah Nabilla <3

my 3rd nephew (right) : Ahmad Shahrul..my 4th niece (left): Sya Qalischa <3

Jum sambung cerita pasal salha...
Hmmm~ pelik rasanya bila tiba-tiba ada orang nak bawa kahwin..
Sedangkan saya baru putus cinta (putus cintalah sangat..heheh)
Macam ni, masa salha BBQ dengan family adalah orang macam nak ajak kahwin depan family salha...
Emm~ memang dah tau sebab dari dulu lagi dia dok ushaaa~ kan...
Haha~ salha buat bodoh je...
Family yang layan..
My sis cakap tak ada duit jangan harap dapat kahwin..
Siap cakap 1 tiang 50K lah..
hahah...
Last2 my sis cakap "jangan lah kau dengan adik kami ni banyak belanja dia"
wah~ hahhahah :D
So kena cari orang kaya lah ni -.-
Ada kah "Dato' muda yaaa?
Supaya boleh tanggung salha..
hehhe :P
Tak lah...
Salha tak lah fikir duit tu...
Lagi pun duit tu tak menjamin apa2..
Salha cuma nak cari seorang imam untuk hidup salha..
Seseorang yang boleh membimbing salha ke jalan yang diredhai ALLAH...
Tapi jika bakal imam Salha seorang yang ada kemampuan dari segi kewangan itu kira 1 bonus..
Orang yang dekat dengan salha memang tau salha mata duitan...
Tapi salha tak lah nak duit dia..
Salha cuma nak hati dia..
supaya salha tak menangis lagi..
Hati masih trauma sekarang...
Dan jika orang yang nak ajak saya kahwin tadi tu betul-betul nak kan salha...
Ada jodoh tak ke mana...
Tapi biarlah aku bebas buat masa sekarang...
Aku tak nak kahwin dulu...
Harap faham lah yaaa?
Jangan tunggu aku...
Itu saja pesan salha buat kau wahai kaum Adam :)
Nanti kau akan kecewa disebabkan aku...
Biar aku focus dengan mengejar cita-cita aku...
Hehe...
#harap difahami ^_^

Wassalam :)

Tuesday, 9 April 2013

BUAH HATI DULU, KINI DAN SELAMANYA :')

Assalamualaikum =)
Begitu banyak yang berlaku kebelakangan ini...
kesihatan alhamdulillah okay jugalah tapi tak sepenuhnya..
Sekarang ni pinggang sangat sakit tapi salha nak update blog juga..
Menguatkan diri untuk update dalam keadaan menyandar dengan A.J (teddy kesayangan aku)
Kali ni salha nak cerita pasal best friends salha yang selalu jadi tulang belakang salha...

Firstly, of course nak bagitau pasal best friend yang dah 5 Tahun bersama...
Kenal since form 4 and now kami dah 20tahun :)
Serious, tak pernah gaduh dengan dia..
Dia lah angel salha..
Salha ni kalau menyeberang jalan tak pernah hati-hati..
Selalu hampir terlanggar dan sentiasa diselamatkan oleh dia..
Hari tu salha melintas jalan and that time tu malam memang tak nampak + salha pula rabun susah nak tengok jalan..
Masa tu sikit lagi kereta kancil tu nak langgar salha...
Dan ketika tu juga salha terus ingatkan best friend salha ni...
Dia juga lah yang jaga salha dari dulu sampai sekarang..
Salha jatuh, nangis, gembira semuanya dengan dia..
Dan dia terus berada di sisi salha...
Thanks Ms. Yvonne Yee Vun Mee..
Saya sayang kau bah...


Secondly, nak cerita pasal kawan salha yang paling tinggi + putih lagi yaaa...
Cantik orangnya..
Kenal secara tak sengaja masa hujung 2010 sebelum SPM...
Kawan punya kawan dan akhirnya menjadi best friend...
Dia ni juga lah penasihat untuk semua aspek..
Sangat tegas orangnya...
Walaupun pernah kecewakan dia tapi dia tetap sayang salha...
Ada dua perkara yang salha buat dia kecewa...
Tapi biar salha dan dia saja yang tau...
Paling best bila dia 1 faculty, 1 batch dengan salha di Uitm cuma kami bukan classmates apa pun kami tetap best friends...
Thanks Ms. Nurjihad :)
Aku sayang kau ji...
Thanks sebab kau terima aku seadanya...


Now~  nak story pasal my Baby yang sorang ni...
Dialah orang yang sabar dan sentiasa ada dengan salha..
Jaga salha masa sakit...
Makan sama-sama walaupun ada masanya kami confused nak makan di mana...
Dari mula kenal masa semester ke2 sampai sekarang kami belum pernah hang out sama-sama..
Apa lagi masa semester ke3 dia dah pindah sebab dapat tawaran SPA...
Dialah orang paling jaga salha masa salha sedih..
Dia penguat salha masa tu...
Dari dulu sampai sekarang dia sentiasa sabar dengan salha..
Dia tau hidup salha macam mana masa dekat Uitm...
Babe one day jum hang out...
Cepatlah balik Sabah...
I rindu you babe...
Thanks for everything Ms Siti Nur Atikah...
I love you dear <3


 Ahhh~ ni nak cerita pasal lelaki...
Best friend merangkap abang..
Kenapa ???
Dialah tempat salha mengadu kalau salha sedih, sakit and semuanya..
Salha akan cari dia sebab since 4th semester ni dia tolong salha banyak benda...
Sentiasa tanya keadaan salha..
Dia buat macam ni sebab dia dah anggap salha ni adik dia...
Kenapa?
Sebab salha ni seorang yang tak pandai jaga diri..
Kalau salha sedih abang lah orang pertama akan tanya keadaan salha..
Salha sakit, dia juga orang yang akan call and tanya keadaan salha...
Dia pernah cakap "aku dah anggap kamu ni adik aku" dan ayat ni salha tak kan lupa dan membuatkan salha terharu..
Walau pun dia lelaki tapi salha selesa dengan dia...
Salha terasa macam ada orang yang concern tentang salha..
Salha jenis yang sukakan perhatian daripada someone..
Kami bukan bercinta kah apa..
Cuma inilah yang dikatakan best friends :')
Thanks untuk semuanya abang Yong...
Apa pun abang kena kuat juga macam mana abang suruh adik kuat...
Okay :)
#tak ada pic ngan abang...hehehe...

Ehem...ada lagi tau !
Dia ni tegas juga orangnya dan sentiasa support and always dengan salha..
Dia juga tumpangkan salha pergi class...
Banyak benda yang jadi tapi dia tetap sabar dengan salha..
bila salha dengan dia salha rasa selesa sangat mungkin sebab otak kami sama kan?
Haha...
Paling terharu pernah hari tu salha di ketawakan oleh hamba Allah yang memang benci dengan salha and syukur ada dia di sisi dan menguatkan salha..
Walaupun hampir terkeluar air mata bila hamba Allah buat begitu tapi dia bagi semangat...
Thanks baby Reine..
Saya pun sayang kau tau...
Banyak plan kita ni...
yang paling penting trip gi Bandung jadi ok <3



Next, baru juga rapat semester ni...
Tak tau macam mana boleh rapat -.-
Sedangkan banyak perkara yang sudah berlaku antara kami berdua..
Tapi dialah wanita kuat yang pernah salha temui...
Since rapat banyak perkara yang salha share dengan dia..
Ketara sangat salha ni kuat share cerita kalau dah rapat..
Dia ni jugalah yang selalu suruh salha jadi kuat...
Banyak benda dia dah tolong...
Dia dah bagi nasihat...
Thanks Ms Ahyien :)
Dia ni lah orang yang sentiasa ada masa salha susah sekarang...
Benda lalu jangan dikenang sekarang kami best friend dan banyak yang sudah terbukti..
Dulu percaya dengan kata-kata orang, sekarang saya menganalinya dan telah menjadi best friend..
Jangan jealous :P
I love you baby Ahyien..
#sorry I curi pic you kat fb :P


P/s: bukan mudah untuk kita mencari best friends sebab ada yang tikam kita dari belakang dan sebagainya...
Akan tetapi percayalah bukan semua orang macam tu...
Yang penting kita memaafkan mereka..
Bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang kerana merekalah buah hati aku, dulu, kini dan selamanya...
Sayang my best friend sangat-sangat.

Tuesday, 2 April 2013

HIKMAH??? -.-

Assalamualaikum =)
Hampir seminggu tak update blog...
Bukan apa cuma salha malas nak update..
On9 setiap hari...
For now salha betul-betul tak ada mood nak update..
Tak apalah disebabkan mood malam ni sangat baik so salha merajinkan diri untuk update blog..

For now, kesihatan masih di tahap yang sama..
Tak ada perubahan..
Pinggang masih sakit seperti selalu walaupun sebenarnya salha tipu my sis kata pinggang salha okey..
Tapi kenyataannya memang masih teruk..
Muka masih pucat..
Tapi tetap berusaha menguatkan diri dan menerima semuanya dengan redha..
Air kelapa hari-hari dah salha minum sampai kembung perut..
Kononnya air kelapa tu boleh cuci buah pinggang..
Tapi tetap tak ada perubahan..
Btw, salha stop ambil ubat sebab ubat tu tak sesuai untuk salha..
Kalau makan ubat ja pinggang semakin sakit..
Paling salha tak tahan waktu solat..
Memang sangat sakit...
Kalau duduk dan berdiri pun pinggang masih terasa sakit..
Ada sampai 1 part salha terpaksa menahan dan buat muka okey depan semua orang...
Tapi hakikatnya kesakitan tu salha hanya rasa seorang-seorang..
Memang sangat sedih tapi salha hanya mampu berdoa...

*cing - cing - cing*
Alhamdulillah hidup yang kosong dahulunya telah membuat salha happy...
Tak tau kenapa perasaan happy tu muncul...
Sedangkan tak ada pun orang dok belai, manjakan aku dan sayang aku seperti dulu..
Kan dah SINGLE ! hehehe..
Mungkin benda yang buat salha happy adalah salha belajar untuk berdikari dan mematangkan diri..
Selain tu salha happy dengan wan juga sebab dia tetap kawan dan best friends salha..
Walau pun keadaan dah berubah..
Walau pun kadang-kadang tu geram juga dengan dia..
Huhu~
Tapi benda paling penting salha tak kan membenci dia..
Meluat dengan dia tu memang ada sebab dari mula kenal sampai sekarang dia tetap bikin panas...
Hahaha :D
Salha tak pernah nak mengalah dengan dia...
Salha tetap akan berusaha cari cara untuk menang...
Walau pun dia sampai cakap nak bagi menang orang sakit...
hahaha :D whatever okay ! 
I'm still the winner and you never win azwan :P
Apa pun be a friends much better sebab tak ada hurt feeling :')
Sentiasa doakan yang terbaik untuk awak :)

Percayalah segala yang berlaku ada hikmahnya..
Apa yang berlaku akan mengajar kita untuk mematangkan diri..
Perkara lalu juga akan mendewasakan kita..
Walaupun sukar untuk menerima hakikat tapi bila sampai masanya kita akan meredhai atas segalanya...
Kita hanyalah hamba Allah dan kita perlu terus ingat kepada Allah..
Aku belajar sedikit demi sedikit atas semua ini..
Aku bangun dengan sokongan semua..
Aku percaya dengan diri aku...
Alhamdulillah sebesar mana pun dugaan itu kita mampu tempuhi ;)
Buat masa ini pilihan ku adalah untuk diri ku sendiri...
Aku inginkan kehidupan normal..
Terima kasih atas semua nasihat dan sokongan...
Hanya Allah yang mampu membalasnya..
Insha ALLAH <3

walau pun muka pucat ni yang penting doakan kesihatan salha :)