Saturday, 20 July 2013

HIATUS :')

Assalamualaikum semua =)

Sorry for a long hiatus. I'm a bit busy lately with classes, assignment, quiz and test. Myb because I'm in final semester. Seriously, it make me feel sangat kelam-kabut dengan jadual yang sangat lah packed. Bila tanya dengan classmates semua pun muka layu sudah sebab kepenatan dan stress. 

Masa mula buka semester salha dah takut bila ingat inilah semester penentuan untuk kami. Tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Rupanya 2 tahun sudah berada di UiTM Sabah dan ini masuk 2 tahun 1/2. Syukur kepada Allah sebab memberikan salha peluang belajar di UiTM untuk menambah ilmu didada. Sebab masuk UiTM salha kenal kawan-kawan salha, salha belajar berdikari dan salha belajar tentang kehidupan. Salha akan menerima segala teguran dan jadikan semuanya sebagai pengajaran. 

kena struggle untuk semester ni. Wish we luck ^^

Actually hari tu ada buat class trip pergi kundasang. Alhamdulillah kami happy sangat walaupun ada perkara tak diinginkan berlaku. So enjoy with our picture. Hanya sebahagian sahaja ok sebab ada picture yang belum ambil lagi dengan kawan.

with my bff (reine and pika)

Ni lah classmates salha yang join pergi trip hari tu. Ni kat memorial park and at that time hujan lebat ok.

Masa ni kami makan and kena belanja oleh family Nabyl. Tq nabyl and family <3

Salha rasa sangat kecil di sisi mereka. Yes! Salha yang palaing kecil kat class.

Tengok gunung kinabalu tu. Ya Allah cantik sangat ok !

Sweetnya dorang ni. Sayang korang.

Masa ni kami kat Desa cattle.

Look at the girls, this is us <3

All of us dengan dua orang senior di hujung sebelah kiri (A.k and Wiely)

Tengok si Tyra Vougeh ketawa sebab kambing tu ganas betul.

Serious kambing tu sangat ganas and macam tak pernah makan ni.

Ni artis kami nama dia Kennedy.

Kalau dah depan camera memang terus pose.

Ini yang berlaku. Sebab hal ni kami semua tambah rapat. Tq to parent nabyl sebab tolong kami.

Bersama-sama gotong-royong.

Sempat lagi kan?

Cute nya :')

Walaupun hujan semakin lebat ianya tidak menghalang kami. 

Ini candid tak sedar pun siapa ambil picture ni.

Okay lah sampai di sini saja cerita salha kali ni. Next time ada masa salha buat entry baru lagi. Doakan salha untuk untuk test dan quiz yang banyak ni. Semoga boleh buat yang terbaik. Amiiin.

WASSALAM <3

Saturday, 6 July 2013

Tatkala Hati Terguris Kerana Cinta

As Salam kepada semua..

Terlebih dahulu izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya. Saya BUKAN Salha. Saya cuma seorang insan yang boleh dikatakan selalu mendengar apa yang berlaku kepada Salha dan bisikan hatinya. Rasanya, mesti ramai yang terkejut atas tindakan Salha menarik semula 2 post terbarunya yang banyak berkisar mengenai apa yang berlaku di antara dia dan bekas teman lelakinya. Jika dilihat dengan mata kasar dan dengan pandangan yang naif, tidak ramai yang merasakan tindakan Salha adalah salah. Namun bagi golongan yang mahu berfikir, akan timbul beberapa isu untuk dipertimbangkan. Dan isu yang mahu dipertimbangkan telah muncul pada hari ini. 

Tidak dinafikan bahawa salha mungkin agak beremosi ketika mengarang kedua-dua post terbarunya. Namun, jika kita memahami psikologi kaum yang dinamakan kaum Hawa. Kita akan dapat memahami bahawa golongan ini memang golongan yang senang terbawa dan terbuai dengan emosi. Justeru, saya merasakan tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Salha kerana pada lahiriahnya manusia yang bergelar wanita sememangnya kaya dengan emosi. 

Berbalik kepada isu utama, akibat post yang telah dihantar ke blog ini berlaku sedikit salah faham dikalangan pihak yang dinyatakan di dalam dua post sebelumnya. Namun, kesalahan tidak boleh diletakkan pada satu pihak (Salha) sahaja kerana saya merasakan itu kurang adil utk menyatakan begitu. kerana jika individu berkenaan berlaku jujur, tidak berlaku masalah ini. Mengapa tidak mahu berlaku jujur jika option ataupun pilihan untuk berlaku jujur itu ada namun memilih untuk menipu? Salha sama juga seperti wanita lain yang jika ditipu itu dikira seperti mengambil nyawa mereka sebelum masanya. Kata bijak pandai, Kepercayaan itu umpama sebuah buku, mengambil masa bertahun2 bahkan berabad untuk ditulis, namun cuma memerlukan beberapa minit untuk dibakar. Tidak percaya? Lihat bagaimana ilmuan-ilmuan masa lampau menulis buku ataupun kitab. Kita lihat Ibnu Sina atau dikenali sebagai Avicenna di Barat yang terkenal dengan buku Law of medicine yang dijadikan text wajib bagi pelajar yang memperlajari bidang perubatan di Harvard University. Berapa lama masa yang diperlukan untuk beliau mengarang buku itu? lama bukan? Begitu juga dengan kepercayaan kita kepada seseorang. Iana mengambil masa yang lama untuk dibina. Namun untuk memusnahkannya? tersangatlah mudah hanya dengan satu tindakan. Kita sentiasa ada pilihan dalam kehidupan kita. masa depan kita juga bergantung pada pilihan yang kita buat pada masa sekarang. Justeru itu, buatlah pilihan yang betul melalui mechanism yang betul. 

Untuk pihak yang terasa dengan tindakan Salha. Saya mohon agar mereka memaafkan Salha. kerana ketahuilah Salha juga umpama gadis-gadis lain yang masih dalam proses meenjadikan dirinya seorang wanita. Justeru jika ada kesilapan yang dia lakukan, anggaplah itu sebagai salah satu proses untuk dia belajar mengenai kehidupan dan juga perhubungan sesama insan. Sebagaimana juga manusia itu yang akan membuat kesilapan, begitulah juga salha. Dia juga manusia yang melakukan kesilapan dalam menjalani kehidupannya sebagai anak kepada ibunya, sebagai hamba kepada Tuhannya yang telah menjadikan dia sebagai manusia sebagaimana dia pada hari ini.Biarlah Salha belajar dari kesilapan yang dia lakukan dan diharap dia akan 
mengambil pengalaman dan iktibar dari apa yang telah berlaku. 

Apa yang berlaku haruslah dijadikan pengajaran dan peringatan sebagaimana firman Allah: 
Dan tetap tekunlah dalam memberi peringatan, kerana peringatan itu berguna bagi orang yang beriman. (Adzzariyaat: 55)

Diharapkan dengan kehadiran post ini, walaupun tidak mungkin tidak mampu untuk memadamkan apa yang telah berlaku, tapi diharap mampu untuk menjelaskan apa yang berlaku agar salah faham tidak terus berpanjangan. Anggaplah ini sebagai pengajaran untuk semua. Sebentar lagi mungkin ada post terbaru muncul dari Salha yang akan menjelaskan lebih tentang apa yang berlaku. Dan diharap mereka yang membaca akan berlapang dada kerana itu adalah luahan atau cerita yang jujur. 

Saya memohon maaf jika apa yang saya nyatakan di dalam post ini ada mengguris perasaan pihak tertentu. Namun saya cuma memberikan pembelaan yang saya rasa perlu untuk gadis kecik ini. 

"I awoke, only to see the rest of the world is still sleeping" - Leonardo Da Vinci


P/s: Berlaku pula ralat pada nama tokoh.. Ibnu khaldun terkenal dalam bidang Sejarah. Ibnu Sina pula lebih menjurus kepada bidang perubatan.. Terima kasih kerana membetulkan.. Kerana kita masih dalam proses untuk belajar kan? jadi tidak perlu malu untuk mengakui kesilapan.