Friday, 18 July 2014

CURI TULANG !

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah, kita hampir berada di kemuncak Ramadhan. Sedih bila Ramadhan itu berakhir kerana hanya 1 bulan ini sahaja kita tiada godaan daripada syaitan. Tapi pada 11 bulan yang lain syaitan berada di merata tempat. Semoga Ramadhan kali ini sungguh bermakna untuk kita semua. Tingkatkan amal ibadat kita demi Allah. 

Alhamdulillah, dah kerja sekarang. Alhamdulillah, first time bagi parents duit. Alhamdulillah, dapat juga bayar zakat untuk parents. sekarang parents aku dah jadi tanggungan aku. Masuk alam pekerjaan ni baru terasa susahnya cari duit. Penatnya cari duit. Selama ni Tau hulur tangan then mintak duit. Sekarang kena usaha sendiri. Perjalanan masih jauh so kena usaha banyak2 k salha. 

The truth is "SAYA CURI TULANG" sekarang. Hahaha. Only for today I can relax di office. Sebab hari ni cuma ada 1 quotation yang mau di buat. tapi bila quotation dah approved naaaa. banyak sangat mau prepare. 

Dah lama tak update blog sampai tak tau dah nak cakap apa. Paling menyedihkan tu handphone aku dah berkecai. Setahun ja kot guna handphone tu sekarang dah tak boleh guna dah. huh~ betul2 menguji kesabaran okay !

Sekian ! hahah. :)