Thursday, 18 June 2015

UNEXPECTED DECISION !

Assalamualaikum w.b.t =)

It's been a long time I didn't write any story kat blog kan? Blog ni actually aku buat untuk perjalanan hidup aku. di mana nanti bila dah berumur baca balik mesti rasa semua ni lawak, meluat dan segalanya lah. hahahah. itu yang lebih penting sebenarnya. ni lah pengalaman dan perjalanan hidup aku yang mungkin bukan semua orang boleh rasa apa yang aku rasa dan mungkin akan ada antara kamu melalui apa yang pernah saya lalui. well, its our journey guys ! keep moving forward and believe in Allah S.W.T..

MashaAllah, indahnya takdir-MU untuk diriku ya Allah, sesungguhnya aku antara hamba-MU yang paling lemah. Aku pernah menangis, aku pernah jatuh, aku pernah diherdik akan tetapi disebabkan takdir-MU ini aku terus kuat menjalani perjalanan hidupku. jujur, pernah terdetik di hati ini rasa give up malah menyalahkan orang sekeliling dan diri sendiri. biasalah manusia kan akan sentiasa ada perasaan yang tak kena terhadap manusia yang lain. anyway, sorry ya kepada orang disekeliling yang rasa macam nak hempuk aku saja. hahaha. 0-0 lah wei. sama-sama kita saling memaafi demi kehidupan yang lebih tenang (Amboiii. macam ustazah-ustazah dah budak kecik ni. hahaha).

Alhamdulillah, sungguh tak sangka kerana ketenangan yang di cari selama ini telah ditemui. malah aku terus kuat menghadapi segala liku-liku perjalanan hidupku. semoga Allah terus memberi kekuatan kepada diriku malah orang disekelilingku. 

Habis sahaja "Diploma In Public Administration" di UiTM Sabah, aku terus buat keputusan untuk tidak sambung study lagi kerana ingin berdikari dan cari duit sendiri. sehingga pernah juga menjadi model (amboiii. hahah. nak juga. hehe) tipulah kalau tak jealous tengok kengkawan yang sambung degree. tapi aku chill ja brooo. hahah. aku sangat suka career aku waktu tu. aku work hard gila-gila. pergi kerja jam 7am balik selalu midnight or dalam jam 10pm waktu tu (boleh jadi pekerja cemerlang. aiseh. hahahah). but at the end aku tersedar sesuatu, "where is my social life with my friends? where is my friends? aku ada kawan kah kat pulau ni?" k kat situ aku dah start faham. aku terlampau kerja sampai aku tak dapat nak cari kawan pun, inikan lagi nak hang out ngan kengkawan. balik KK pun jarang untuk jumpa BFF kat sana. BFF aku sampai tegur yang aku ni macam robot dah. tak pandai penat. asyik kerja 24jam. bila difikirkan balik baru aku faham aku memang hilang dari dunia waktu tu (pa sal serious sgt?) bukan aku kaya pun kalau aku kerja memanjang. betul tak? hahaha.then i decided untuk keluar dari zon selesa aku dan berhenti kerja. hahaha. dah habis kat situ.

Tu semua cerita zaman batu aku kerana sekarang aku, every week balik kk. kaya org speedboat oleh aku. peduli apa aku. hahahah. yang penting aku nak balik juga. pemikiran dan kehidupan aku sekarang memang berubah 360 darjah lah. selalu lawat mommy kat kampung. every week jumpa BFF aku. spend time with them. perghhh. nice moment ever. we need to change for a better future. keluar dari zon selesa tu memang keputusan yang sangat tepat. kat pulau ni aku dah banyak kawan. aku berkawan dengan orang2 sebaya aku malah orang yang lebih tua berpuluh tahun pun aku berkawan. orang cakap lebih baik kita belajar daripada pengalaman orang dan menjadikan pengalaman mereka sebagai peringatan untuk kita. sebab kawan-kawan aku sangat berbeza latar belakang mereka. aku sampai tak sangka yang aku akan berkawan dengan ex pengarah hospital beaufort, ex manager insurance, ex ketua sister kat hospital queen. mak aiii. alhamdulillah. ini antara hikmahnya untuk memilih keputusan yang sangat sukar dalam hidup aku. 

Dah panjang sangat ni aku merapuh. cukup lah kan? heheh. tapi sebelum tu apa pun journey korang bersyukurlah dan jangan lupa semua tu. dekatkan diri kita dengan Allah. Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK". 

check it out my activity ! yihaaaaaa :)






ni lah dia super duper senior aku masa kat UiTM. dia juga komander. bukan tu ja, dia BFF aku punya kakak and sekarang kami housemate merangkap roomate juga. hahahah :D

















Qutni is the clever girl and my new BFF (dia adik kawan aku lah serious IQ dia terlampau tinggi tau budak ni. hahah. )

Wan and Abern. Muka orang2 malaya tapi bila bersama naaa. cakap cina sudah dorang. hahahah.


LAST WORDS from me; "jika nak happy cari kawan-kawan yang ikhlas kerana mereka akan membantu anda semasa susah senang anda, nak berjaya berkumpul dengan orang berjaya."

No comments: